Monday, May 23, 2011

Pilihan Raya Susu Dutch Lady Kini Bermula!!!


 

Anda masih ingat dengan entri “Tragedi Di LRT Kelana Jaya Di Suatu Pagi Yang Hening” yang pernah SCORPIO GIRL keluarkan dulu? Tak ingat? Ish, ish, ish. Pelupa betul korang. Ala, entri yang ada gambar 4 maskot yang tersangat comel tue. Mungkin gambar di bawah boleh membuatkan daya ingatan korang kembali.
pilihanraya susu dutch lady
Seperti yang anda beritahu di ruangan komen, sememangnya 4 maskot di atas ialah mascot untuk susu Dutch Lady. Baru-baru ini masa scorpio girl tengah layan Sinar Pagi, terdengar iklan tentang pilihan raya susu Dutch Lady yang membabitkan 4 maskot di atas. Jangan main-main. Bukan negara kita je yang ada pilihan raya, susu pun boleh ada pilihan raya tau. Pilihan raya susu Dutch Lady ini diadakan untuk mencari perasa susu yang paling digemari oleh rakyat Malaysia sekaligus mengalakkan kita meminum lebih banyak susu setiap hari kerana khasiatnya yang tersangatlah banyak. Dengan bakal adanya perisa baru susu Dutch Lady ini, diharapkan kita dapat membina generasi Malaysia yang lebih mantap dan lebih gemar meminum susu
Calon-calon untuk pilihan raya susu Dutch Lady ini ialah (jeng jeng jeng)…..
pilihanraya susu dutch lady
Comel kan? Semuanya comel-comel belaka sampai membuatkan scorpio girl nak vote keempat-keempat maskot ini.
HAHA undi jangan x undi..

No comments:

Post a Comment